❴PDF / Epub❵ ☄ Denyut Kasih Medik Author Farhan Hadi Mohd Taib – Transportjobsite.co.uk

❴PDF / Epub❵ ☄ Denyut Kasih Medik Author Farhan Hadi Mohd Taib – Transportjobsite.co.uk chapter 1 Denyut Kasih Medik, meaning Denyut Kasih Medik, genre Denyut Kasih Medik, book cover Denyut Kasih Medik, flies Denyut Kasih Medik, Denyut Kasih Medik df5b3ee0c5a6f Sebuah Novel Yang Mengisahkan Misi Seorang Doktor Muda Dalam Memperjuangkan Syariat Islam Di Hospital Ketika Bergelar Doktor Pelatih Houseman Ia Juga Kisah Masyarakat Kerana Menyentuh Isu Isu Perubatan Dalam Kehidupan Masyarakat Bukan Itu Sahaja, Ia Kisah Seorang Pemuda Yang Hidupnya Sarat Impian Dan Cita Cita Lebih Menarik, Ia Bukan Hanya Menyentuh Fiqh Perubatan Bahkan Turut Menyelitkan Fiqh Wanita Dan Fiqh Cinta Nikmatilah Satu Kisah Indah Yang Sungguh Membina, Denyut Kasih Medik


10 thoughts on “Denyut Kasih Medik

  1. says:

    lebih kepada 2.5 sebenarnya.malah saya teragak agak untuk meletakkannya di rak novel melayu.maaf kepada peminat novel ini.saya membaca buku ini kerana disarankan oleh ramai rakan rakan dan kerana bidang yang saya ambil.buku ini mungkin berhasrat sebagai hiburan dakwah namun hanya satu sahaja niat penulis sampai iaitu dakwah.saya tidak nafikan bagus fiqh perubatan yang dibawa untuk ramai masyarakat yang tidak arif dengan hal ini,tetapi penulis gagal dari segi sasteranya.boleh dikatakan tiada jalan cerita,malah seolah autobiografi.watak utama juga terlalu sempurna.dan realitinya bukan semudah itu pesakit berubah.tidak dinafikan ada tetapi bukan ramai.juga saya rasakan tidak perlu untuk memberi penjelasan penggunaan Bahasa Inggeris yang sedikit di sebagai nota kaki.istilah perubatan mungkin munasabah.pada kulit belakang antara yang memberi ulasan ialah Fatimah Syarha iaitu isteri penulis sendiri.ini memberi persepsi bahawa ada kemungkinan ulasan tidak adil diberikan walaupun saya yakin tidak tetapi Telaga Biru perlu lebih berhati hati dan memilih orang lain.walaubagaimanapun saya tidak menyesal membaca buku ini kerana ilmu yang diperolehi.


  2. says:

    buku ini saya beli semasa pesta buku pada 27 3 2010 Tajuk buku Denyut Kasih MedikPenulis Dr Farhan HadiKeluaran Telaga BiruHalaman 390 m sSinopsis kulit belakang Denyut Kasih Medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih houseman Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu isu perubatan dalam kehidupan masyarakat Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita cita Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.Berjayakah misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih Ulasan ainsabrina Watak utamanya Dr Muslih , doktor Houseman atau lebih mudah dipanggil sebagai HO di Hospital Selayang Denyut Kasih Medik memuatkan kisah perjuangan Dr Muslih dalam menegakkan islam dalam kerjaya perubatan serta dalam kehidupannya Ia mengabungkan Fiqh perubatan, fiqh wanita dan juga fiqh cinta Dalam novel ini diselitkan beberapa permasalahan di dalam setiap posting yang Dr Muslih lalui, antaranya Isu penggunaan ubat yang mengandungi unsur khinzir Clexane VS heparin Kisah mat rempit Kisah doktor yang ketinggalan solat apabila perlu bertugas dalam dewan bedah Rupanya solat itu boleh dijamakkan jika dalam kes kes begini info ini saya baru tahu apabila baca buku ini Kesan arak Kisah penagih dadah Antara sibuk bekerja dengan solat, antara tanggungjawab kita pada manusia dengan tanggungjawab kita pada Allah hak pada Allah walaupun sakit Isu wuduk dan solat ketika sakit kisah needle prick , proses mencucuk atau mengambil darah pesakit yang mempunyai penyakit HIV ataupun Hepatitis yang boleh merebak melalui darah kisah remaja putus cinta menelan 20 biji panadol kisah ini pernah saya lihat di HUSM dulu Isu perancangan keluarga, merancang mengunakan ubat dan lain lain Isu penguguran anak Isu air selusuhDan macam macam lagi isu diperbincangkan di dalam novel ini Selain mengenai perubatan, novel ini juga menyelitkan kisah cinta Dr Muslih dengan tunangan yang akhirnya menjadi isterinya dan juga kisah sahabat Dr Muslih, Dr Nazir dan Dr Neezam kembali ke jalan yang benar Komen ainsabrina Novel ini memberi saya pendedahan mengenai kehidupan HO yang akan saya tempuh lebih kurang setahun lagi, insyAllah Kehidupan HO secara umumnya diketahui semua sebagai fasa doktor yang sangat memeritkan Kehidupan yang hampir 100% tertumpu di hospital dan juga kisah lambakan tugas HO Membaca novel ini membuatkan semangat saya untuk menjadi doktor melonjak naik walaupun dalam masa yang sama, ada rasa cemas dan cuak dengan kehidupan HO yang bakal terjadi.Selain dari itu, banyak ilmu fiqh perubatan yang saya dapat dari novel ini Penceritaan Fiqh perubatan dalam novel ini dimudahkan jadi senang difahami juka dibandingkan dengan buku buku Fiqh perubatan yang lain.Fiqh perubatan di dalam novel in turut disertakan beberapa dalil untk menguatkan lagi faktanya Kebanyakannya adalah isu isu yang sering saya lihat mahupun dengar di HUSM.Akhir kata, saya nak kongsikan dengan semua satu dialog dalam Denyut Kasih Medik yang bagi saya menarik Dialog ini berlaku setelah Dr Muslih menerangkan mengenai solat jama Ooh, baru saya faham Terima Kasih banyak ya doktor Doktor ni macam ustazlah Doktor sekolah agama ke dulu , kata MA Rahim Eh, saya biasa biasa saja Bukan apa, kan kewajipan kita untuk mengetahui tentang agama kita, Perkara ini Fardu ain, Abang Rahim Walaupun kita kerja bidang lain, kita juga kena tahu soal soal hukum fiqah ni , kata Dr Muslih Hmm, ya ta ya juga Bukan golongan ustaz saja nak masuk syurga, kita semua pun nak masuk syurga Jadi ilmu Fardu ain ni bukan ustaz saja yang kena pandai, kita pun kena pandai juga , simpul MA Rahim.fikit fikirkan dan selamat beramal


  3. says:

    Novel ini saya capai ketika dalam keadaan bermalas malasan di rumah Elok juga mengisi masa lapang dengan membaca Ada juga faedahnya Saya tidak meletakkan apa apa persepsi atau harapan sebelum membacanya Maklumlah, orang sedang malas Helaian demi helaian semakin menarik minat saya Boleh tahan juga doktor muda ini menulis Ada sedikit nilai tambah di dalam bukunya Selain cerita, penulis ada meletakkan info tambahan mengenai fakta perubatan, tip bagi ibu hamil, dan hukum hakam berkaitan perubatan Malah, saya sangat menghargai info mengenai hukum bagi ibu yang keguguran Saya ingatkan jika keguguran, seseorang ibu tidak perlu solat sebagaimana orang bersalin Rupa rupanya ada 2 kategori.Pertama, jika janin yang keguguran itu cukup sifat maka ibu tidak perlu solat.Kedua, jika janin yang keguguran itu tidak menunjukkan sifat atau rupa maka ibu perlu solat seperti biasa Darah yang keluar itu dikira darah istihadah.Jazakallah Dr atas info ini Lagi satu saya lihat, peluang dakwah sebenarnya sangat luas dan ada di mana mana Cuma bergantung pada diri kita sahaja sama ada mahu menggunakan peluang itu atau tidak Saya kagum dengan Dr Muslih watak utama yang begitu komited dalam menjalankan tugas sebagai doktor dan dalam masa yang sama melaksanakan amar makruf nahi munkar.Apa pun saya mendapat banyak pengajaran dari novel ini Semoga Allah memberkati usaha penulis.


  4. says:

    Buku ini berkisahkan tentang seorang doktor HO yang ditugaskan untuk bekerja disetiap jabatan untuk tempoh masa tertentu sebelum menjadi MO Setiap jabatan mempunyai masalah yang perlu dihadapi oleh setiap warga hospital yang bertugas Sangat menarik kerana berkisahkan fiqh perubatan, fiqh wanita dan juga fiqh cinta Janganlah mengharapkan bahasa kesusasteraan yang bombastic kerana ianya lebih kepada pengalaman hidup seorang pemuda Janganlah mengharapkan elemen romantik yang melampau kerana ini bukanlah novel cinta Isi dan ilmu yang disampaikan amat berguna untuk diambil iktibar dan renungan Rating 5 sangat berbaloi kerana ilmu dan pengetahuan yang diperoleh melalui buku ini Jalan cerita penuh dengan isi dan tidak meleret leret Santai untuk dibaca Buku ini patut dijaga dengan baik kerana terdapat ayat ayat al Quran dan hadis di dalamnya Mungkin kekurangan buku ini ialah jalan cerita yang terlalu direct dan watak utama yang terlalu sempurna.


  5. says:

    Pertama sekali saya nasihatkan agar pembaca to handle this book with care disebabkan kewujudan doa dan ayat suci al Quran yang saya anggap kurang wajar diletakkan dalam sebuah novel Buku ini mungkin kekurangan dari segi kesusasteraannya, adakalanya watak utama kelihatan terlalu sempurna, dan penerangan mengenai watak yang keterlaluan dan direct , tetapi saya menganggapnya ia natijah kelemahan plot yang pada pandangan saya agak ketara Pada saya, buku ini mungkin lebih sesuai dipanggil jurnal atau log berbanding novel kerana ia lebih menceritakan mengenai situasi yang berlaku di hospital itu, bermakna tiadanya plot utama Pun begitu pujian saya berikan atas usaha doktor ini menulis dan setidak tidaknya kelemahan ini dibantu dengan begitu banyak maklumat yang berguna dan seringkali terlepas pandang oleh masyarakat Islam di negara ini Semoga ramailah doktor dan insan seperti Dr Muslih ini.


  6. says:

    Jerit Perih seorang Dr Muslim yang ingin menjalankan tanggungjawab berlandaskan syariat Islam.Ada kalanya terlalu banyak protokol di hospital yang bertentangan dengan Islam seperti penggunaan ubat,batasan dr dan pesakit dan juga dalam menunaikan kewajipan solat kepada pencipta.Setelah dirumuskan,isi kandungan buku ini boleh mengubah seseorang dr yang selama ini hanyut mengikutkan arus modenisasi kepada seorang Doktor MUSLIM


  7. says:

    Mmg bgus citer nie..bley dijadikan panduan doktor2 muda kat luar sana yg bru ingin memulakan tugas sbg doktor baru..buku nie die gabungkan dgn byk aspek. mcm fiqah cinta. fiqah dlm prbtn. bgus I Love this book..


  8. says:

    i gave up this novel because I m Hlovate fan, so when i read this, i m kinda disappointed with simple direct style..yeah, it s not fair to compare, this book has medical important points. but, yeah. i gave up. D


  9. says:

    A VERY GOOD NOVEL TO READ.


  10. says:

    Penulisan yang hebat Tidak menyangka seorang doktor dapat menghasilkan buku yang baik Banyak ilmu yang diperolehi dan memberikan gambaran yang jelas tentang kerjaya sebenar seorang doktor Islam.


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *